Hamas, Fatah capai persetujuan damai

0
19

KAHERAH/GAZA: Dua gerakan Palestin, Hamas dan Fatah hari ini mencapai persetujuan atas perdamaian politik, sekaligus mengakhiri permusuhan selama 10 tahun. 

Perkara itu diumumkan oleh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu kenyataan pada Khamis. 

“Fatah dan Hamas mencapai persetujuan awal pagi tadi, dengan bantuan besar pihak Mesir,” katanya dalam satu kenyataan.

Hamas berkata, butiran perjanjian itu akan dikeluarkan pada petang Khamis.

Mesir telah beberapa kali menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pergerakan itu dan membentuk kerajaan kesatuan yang berkongsi kuasa di Gaza dan Tebing Barat.

Pada 2014, Hamas dan Fatah bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama, namun walaupun dengan persetujuan itu, kerajaan bayangan Hamas masih terus mentadbir Semenanjung Gaza.

Mesir telah mengadakan rundingan penyatuan selama tiga hari di Kaherah dengan harapan proses tersebut akan membawa kepada perdamaian di Palestin.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang ulasan daripada gerakan Fatah.

Rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat telah diperintah secara berasingan sejak pertelagahan tercetus antara dua kumpulan itu sejak 2007.

Bulan lalu, Hamas turut bersetuju membubarkan jawatankuasa pentadbiran yang mentadbir Genting Gaza sebagai langkah mengadakan pilihan raya di wilayah itu dan Tebing Barat, lapor al-Jazeera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here