Hamil lima bulan, Fouziah kembali ke lokasi filem

0
49


Fouziah Gous

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa tahun tidak berlakon filem, Fouziah Gous teruja untuk kembali ke lokasi penggambaran Lekir walaupun sedang hamil anak kedua.

Lebih-lebih lagi filem yang dijadual memulakan penggambaran di Melaka pada minggu depan itu bakal menyaksikannya memegang watak ikonik dalam sejarah Melayu, Tun Teja.

Menurut pelakon yang kini hamil lima bulan, tawaran terbabit diterima oleh beliau sejak tahun lalu. Begitupun, berikutan beberapa faktor, baru sekarang penggambaran filem berkenaan dapat dilangsungkan.

“Awalnya memang saya mahu melepaskan tawaran ini selepas penggambarannya ditangguhkan kerana saya berbadan dua. Namun, nampaknya pihak produksi masih berminat untuk mendapatkan khidmat saya walaupun sedang hamil.

“Mungkin juga karakter Tun Teja itu sendiri yang mengenakan kebarung, jadi saya percaya kandungan saya dapat disembunyikan,” kata isteri kepada Mohd Zhafran Md Yusof itu.

Kata Fouziah, watak Lekir dalam filem berkenaan akan dilakonkan oleh aktor, Zul Huzaimy.

“Saya dimaklumkan, semua pelakon yang terbabit dalam filem ini mempunyai profil yang hebat. Jadi, saya tumpang bangga untuk menjadi sebahagian daripada projek terbabit.

“Saya sendiri sebagai Tun Teja akan terbabit dalam beberapa belas babak dan secara keseluruhan, filem ini akan menjalani penggambaran sekitar 50 hari,” katanya sambil memberitahu, tugas dipikulnya dalam naskhah berkenaan tidaklah membebankan.

Bekas pengacara program Nona itu berkahwin dengan Zhafran pada 22 September 2013. Sebelum ini, mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Muhammad Zeeshan, yang dilahirkan pada 26 November 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here