Hamilton mengaum di tempat sendiri

0
321
Advertisement



SILVERSTONE (England): Juara dunia Lewis Hamilton menceriakan penyokong apabila mencatat masa terpantas pada sesi latihan pertama hari ini menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) British sambil Mercedes menamatkan sesi latihan dengan kedudukan satu dua.

Pemandu berusia 33 tahun yang memburu kemenangan kelima berturut-turut di Silverstone Ahad ini dan yang keenam secara keseluruhan di litar bekas lapangan terbang Perang Dunia Kedua itu, merekodkan satu minit 27.487 saat.

Ia setengah saat lebih pantas berbanding pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang kini mendahului Hamilton yang juga juara dunia empat kali dengan satu mata selepas tamatnya sembilan dari 21 perlumbaan dengan masing-masing memenangi tiga perlumbaan.

Rakan pasukan Hamilton, Valtteri Bottas, menggunakan enjin baharu selepas terpaksa menamatkan perlumbaan di Austria minggu lalu lebih awal, berkedudukan tempat kedua, ketinggalan 0.367 saat.

Pemandu Australia, Daniel Ricciardo dari Red Bull keempat manakala Kimi Raikkonen (Ferrari) kelima dan Max Verstappen yang juga juara di Austria dari pasukan Red Bull, keenam.

Pelumba berusia 20 tahun dari Belanda itu menamatkan sesi latihan lebih awal selepas diarahkan memberhentikan jentera selepas Romain Grosjean terbabit dengan kemalangan pada selekoh pertama apabila gagal untuk mengawal sistem sayap belakang boleh ubah (DRS).

“Kereta itu musnah,” kata pelumba Perancis itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan akibat dari kemalangan itu menerusi radio.

“Maaf semua. Saya rasa ia bonggol. Saya terlepas butang DRS.”

Rakan pasukan Grosjean, Kevin Magnussen dan Fernando Alonso dari McLaren dipanggil untuk melihat kawasan yang berpotensi membahayakan pelumba selepas berlakunya insiden antara mereka sebelum itu.

“Magnussen cuba melanggar saya dua kali di selekoh satu dan tiga,” kata Alonso menerusi radio. “Ia sangat bahaya”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here