Hamilton, Mercedes perlu bangkit

0
126
Advertisement



SILVERSTONE, Britain: Lewis Hamilton dan Mercedes perlu pantas melupakan prestasi tidak menentu dan statistik kejayaan sebelum ini, jika mahu bangkit di tempat sendiri di Grand Prix British pada Ahad ini.

Selepas tersingkir awal di Grand Prix Austria pada minggu lalu, venue yang menyaksikan mereka tidak kalah dalam tempoh empat tahun dan kegagalan di Kanada, Mercedes terus kehilangan konsistensi.

Kejayaan Max Verstappen di Austria adalah yang pertama tahun ini sekali gus membuka peluang kepada Red Bull, tetapi dijangka menghadapi tugas getir menyekat kebangkitan Hamilton di hadapan penyokongnya sendiri.

Pelumba Britian berusia 33 tahun itu memburu rekod lima kejuaraan berturut-turut di Silverstone dan enam keseluruhan dalam misi merampas kembali pendahulu keseluruhan daripada bekas juara empat kali Sebastian Vettel dari Ferrari.

Pelumba Jerman itu yang menduduki tempat ketiga di Spielberg hanya dipisahkan satu mata dengan Hamilton, tetapi berdepan misi sukar di litar yang digemari Mercedes pada hujung minggu ini.

Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada tahap keyakinan Mercedes yang meraih keputusan terburuk sejak menyertai semula F1 pada 2010.

“Kami berusaha mempamerkan karakter sebenar di sebalik kekalahan ini,” kata ketua pasukan Toto Wolff.

“Kami bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini, kami akan menganalisanya dan bangkit dengan lebih kuat selepas ini,” katanya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here