Hamilton, Mercedes perlu bangkit

0
168
Advertisement



LEWIS Hamilton dan pasukan Mercedes perlu ‘dikejutkan daripada tidur’ selepas melakukan kesilapan pada perlumbaan Grand Prix Kanada, kata ketua pasukan Toto Wolff.

Wolff berkata, dia berasa kecewa selepas melihat Sebastian Vettel dari Ferrari memenangi perlumbaan itu untuk terus menguasai carta kedudukan pelumba di litar yang menjadi wilayah Mercedes sebelum ini.

Ditanya selepas perlumbaan adakah dia berpuas hati apabila melihat rakan pasukan Hamilton, Valtteri Bottas menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua Wolff berkata: “Tidak. Tidak sama sekali. Ia keputusan yang teruk buat kami.

“Ia litar kami tapi sepanjang minggu itu kami melakukan kesilapan sejak dari awal perlumbaan.

“Satu-satunya perasaan yang saya rasa ketika ini adalah kami perlu bangkit.

“Saya berasa begitu kecewa. Ia adalah litar yang menyaksikan kami perlu meraih seberapa banyak mata yang boleh.

Beliau berkata, apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah mengkaji semula perlumbaan secara menyeluruh serta melihat kembali apa yang berlaku dan adakah ia memberi kesan kepada pasukan.

“Ya itu yang perlu dilakukan,” katanya. “Kami akan melihat secara lebih mendalam.”

Hamilton yang juga juara bertahan dan juara dunia empat kali menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima dan kini ketinggalan satu mata di belakang pelumba Jerman Vettel dalam perebutan gelaran juara dunia.

Mercedes hadir ke Montreal untuk memperkenalkan enjin baru yang dinaik taraf, namun terpaksa menangguhkannya kerana kebimbangan cabaran yang akan diterima daripada Ferrari dan Red Bull.

Mereka juga berdepan dengan masalah pemilihan tayar dan pengurusan ketika pasukan lain memilih menggunakan antara tujuh atau lapan set tayar lembut namun Mercedes hanya meminta lima tayar seterusnya menyebabkan Hamilton berdepan masalah enjin sehingga terpaksa meminta ke pit-stop lebih awal.

“Saya gembira dapat menamatkan perlumbaan,” kata Hamilton. ”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here