Hamilton paling laju sesi latihan  

0
288
Advertisement



SILVERSTONE, United Kingdom: Lewis Hamilton kembali ke prestasi terbaik sekali lagi apabila mencatat masa terpantas buat Mercedes dalam saingan dicemari kemalangan hari ini pada sesi latihan ketiga dan terakhir Grand Prix British.

Juara bertahan itu yang kini ketinggalan satu mata di belakang juara dunia empat kali, Sebastian Vettel bagi memburu gelaran pemandu tahun ini, mencatat masa sepusingan satu minit 26.722 saat, hampir empat saat lebih laju berbanding catatan untuk petak pertama musim lalu.

Ia sudah cukup memberikannya hampir sesaat lebih pantas berbanding rakan sepasukan Vettel di Ferrari, Kimi Raikkonen yang berkedudukan kedua manakala Valtteri Bottas yang juga pemandu kedua Mercedes di tempat ketiga dengan Vettel keempat.

Pada hari yang panas di tengah England, sesi berkenaan diganggu kibaran bendera merah selama 12 minit selepas Brendon Hartley terbabit dalam kemalangan ketika suspensi jentera Toro Rosso miliknya mengalami kegagalan.

Tayar depan pemandu New Zealander itu mengalami kegagalan menyebabkan dia melanggar penghadang di Wellington Straight.

Selepas dibawa ke pusat perubatan litar, dia diisytiharkan cergas dan dilihat kembali ke paddok pada penghujung sesi. 

“Ia akan menjadi sesuatu yang amat rapat hujung minggu ini,” kata Hamilton. “Jentera Ferrari sangat pantas. Kami sudah bersedia untuk pertarungan serius, yang pasti hebat buat peminat. Saya harap kami berjaya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here