Hamilton tak lupa provokasi Vettel

0
52



Spielberg, Austria: Sebastian Vettel (gambar) meraikan hari jadi ke-30 Isnin lalu namun sudah pasti Lewis Hamilton tidak akan membawa sebarang hadiah ke Austria, hujung minggu ini.

Selepas ‘berang di jalan raya’ Azerbaijan dua minggu lalu, dua musuh utama Formula Satu kembali ke litar menarik Red Bull Ring dengan latar belakang bukit dan hutan, ketika kontroversi belum reda.

Vettel, pendahulu kejuaraan pemandu dari Ferrari, berdepan risiko hukuman penalti berat kerana kesilapannya menghentak kereta Mercedes dipandu Hamilton di belakang kereta keselamatan di Baku namun sebaliknya pemandu Jerman itu tiba di Austria dengan tanpa sebarang hukuman dan isu itu ditutup secara rasmi.

Vettel bertanggungjawab sepenuhnya serta memohon maaf kepada Hamilton dan perlu berkelakuan baik dengan penggantungan perlumbaan menantinya jika meraih satu lagi mata penalti dalam lesennya hujung minggu ini.

Namun insiden itu, perbualan utama sukan itu selepas Baku, tidak mungkin dilupakan begitu saja sekalipun jika Mercedes menyatakan mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Hamilton pula hanya berdiam diri.

Bagaimanapun dalam media sosial dia menjadi tumpuan dengan tindakannya ‘like’ komen penyokong dalam Instagram mengenai keputusan di Paris dengan mesej “anda boleh lakukan apa saja yang anda mahukan di litar, melanggar antara satu sama lain tapi jika anda bersalah dan memohon maaf, anda boleh lepas daripada hukuman.”

Hamilton kini 14 mata di belakang Vettel selepas lapan daripada 20 perlumbaan, dengan kelonggaran penyandar kepala menyebabkan pemandu Britain itu gagal menang di Azerbaijan.

Vettel, di sebalik dikenakan penalti masuk ke pit dan keluar, berakhir di tangga keempat dan satu tangga di depan pencabarnya. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here