Hamzah Rahmat dipilih semula Presiden FATA

0
63
Advertisement

KUALA LUMPUR: Persekutuan Persatuan Pelancongan ASEAN (FATA) hari ini memilih semula Presiden Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Hamzah Rahmat sebagai Presiden FATA bagi penggal kedua berturut-turut tahun ini sehingga 2019.

FATA dalam satu kenyataan berkata pemilihan itu dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) FATA baru-baru ini di Chiang Mai, Thailand.

“AGM FATA juga memilih Mingkwan Metmowlee dari Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Thailand (ATTA) sebagai timbalan presiden dan Pauline Suharno dari Persatuan Perusahaan Penjual Tiket di Indonesia (ASTINDO) sebaghai setiuausaha agung.

“Sementara itu, Cesar R. Cruz dari Persatuan Pengusaha Pelancongan Filipina (PHILTOA) pula dipilih sebagai bendahari kehormat,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan, anggota FATA berharap pasukan yang baru dipilih akan memperlihatkan keterlibatan yang lebih aktif dan menjalin hubungan kerja yang lebih rapat dengan semua peneraju dan pihak-pihak berkepentingan utama dan dengan pihak berkuasa tempatan dan serantau bagi meningkatkan standard industri pelancongan di negara-negara ASEAN.

Pada masa ini, Hamzah ialah Ahli Lembaga Gabungan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Dunia (WTAAA) dan Ahli Majlis Passenger Agency Programme Global Joint Council Persatuan Pengangkutan Udara Anatarabangsa (IATA).

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here