Hanks bawa watak pengasas Twitter dalam 'The Circle'

0
57


PELAKON tersohor Hollywood, Tom Hanks, yang berlakon sebagai jutawan Lembah Silikon dalam filem terbarunya, ‘The Circle’, mengusik Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey, semalam dengan menyatakan beliau menjadi inspirasi watak itu. – Foto Reuters

SAN FRANCISCO: Pelakon tersohor Hollywood, Tom Hanks, yang berlakon sebagai jutawan Lembah Silikon dalam filem terbarunya, ‘The Circle’, mengusik Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey, semalam dengan menyatakan beliau menjadi inspirasi watak itu.

Pemenang Oscar itu tampil bersama-sama Dorsey di Periscope, perkhidmatan Twitter bagi siaran langsung, untuk mempromosikan filem berkenaan yang akan ditayangkan di Festival Filem Tribeca di New York, esok.

“Saya berlakon sebagai anda. Saya bukan dalam keadaan fizikal yang baik. Saya tidak bersenam atau makan sebaik anda, tetapi saya berlakon sebagai anda,” kata Hanks disambut ketawa pelakon lain, termasuk Emma Watson.

EMMA Watson dan Patton Oswalt turut berlakon dalam filem ‘The Circle”. – Foto AP

Dorsey turut tertawa dengan kenyataan Hanks itu dan mengangkat tangan sambil berkata: “Bukan saya.”

Terdahulu, ketika memberitahu Dorsey yang berjanggut dan memakai baju T mengenai wataknya dalam filem itu, Hanks berjenaka dalam keadaan serius: “Anda tahu beliau adalah si genius yang jahat kerana menyimpan janggut. Tidakkah anda berasa begitu, Jack?”

Filem berkenaan yang ditayangkan di Amerika Syarikat Jumaat ini, adalah berdasarkan novel tulisan Dave Eggers.

Buku itu mencetuskan perbahasan mengenai kebangkitan media sosial ketika ia diterbitkan pada 2013. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here