Hanya bertolak dari satu pertemuan, saya tahu Megan Markle wanita seumur hidup – Putera Harry

0
11

LONDON: Satu pertemuan dengan Megan Markle sudah cukup bagi Putera Harry, waris kelima takhta Britain, buat keputusan, ya, inilah wanita yang diingininya untuk seumur hidup.

Putera Harry bertentang mata buat pertama kalinya dengan Markle, menerusi satu temujanji rahsia oleh rakan mereka pada 2016.

Benarlah ungkapan cinta itu misteri, pertemuan itu sebenarnya membuka ruang hubungan lebih serius antara Putera Harry dan Markle.

Empat minggu kemudian, Putera Harry dan Markle bermandi cahaya bintang di Botwana, petanda mereka sudah dilanda cinta. Kisah itu berjaya dihidu media, namun pasangan itu hanya buat penampilan bersama secara terbuka di Sukan Invictus, di Toronto.

BACA: Putera Harry, Meghan Markle bakal langsungkan perkahwinan pada 2018

Tidak seperti hubungan cintanya sebelum ini, tindak-tanduk Putera Harry membuktikan perasaan sebenarnya kepada Markle, aktres yang dikenali menerusi siri TV popular ‘Suits’.

Putera Harry juga lebih terbuka, sehingga membuat pengumuman mengesahkan hubungannya dengan Markle, selepas dakwaan media dia mencampuri kehidupan peribadi Markle.

Dalam satu temuramah, Markle akui langsung tidak bersedia dengan perhatian yang diberi media selepas tersebar hubungannya dengan Putera Harry.

Sehingga pada satu tahap, Markle memutuskan enggan lagi membaca laporan akhbar mengenai kisah cintanya dengan Putera Harry.

Pasangan itu mengesahkan pertunangan mereka pada Isnin, dan dijangka berkahwin tahun depan.

Putera Harry dan Markle sudah merangka rancangan mahu memulakan keluarga secepat mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here