Hanya enam pemain lapor diri

0
17



DATUK Ong Kim Swee terus menerima tamparan hebat dalam usaha mempersiapkan skuad terbaik menjelang dua kejohanan terbesar apabila hanya enam pemain sahaja berjaya melaporkan diri pada hari pertama latihan pusat skuad bawah 22 tahun negara (B-22) di sini, hari ini.

Kim Swee yang bakal membawa anak buahnya bersaing dalam kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada 19 hingga 23 Julai ini serta saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur bulan depan, dikejutkan dengan sambutan dingin 20 pemain lain yang difahamkan dihalang daripada menyertai kem negara.

Daripada senarai 26 pemain yang dipanggil hanya enam pemain yang hadir melapor diri iaitu Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Adam Nor Azlin (Selangor), Syahmi Safari (Selangor), Danial Amier Norhisham (FELDA United FC) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).

“Hanya enam pemain melaporkan diri hari ini. Selebihnya pula akan hadir secara berperingkat sehingga 12 Julai ini iaitu sebelum perlawanan persahabatan berdepan Myanmar.

“Memang situasi sekarang (enam pemain) agak menyukarkan pasukan terutama dari segi taktikal, namun saya tetapkan akan jalankan latihan dengan pemain ini hingga semuanya datang,” kata Kim Swee kepada Arena Metro, hari ini.

Pada saingan kelayakan AFC kali ini, Malaysia mempunyai peluang cerah untuk layak ke pusingan akhir di China tahun depan apabila diundi dalam Kumpulan H bersama tuan rumah Thailand, Indonesia dan Mongolia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here