Hanya profesional dan bukan penyokong parti dilantik untuk tadbir GLC – Tun Mahathir

0
57
Advertisement

JAKARTA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa selepas ini hanya golongan profesional dan berkelayakan akan dilantik mentadbir syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kata Dr Mahathir, mereka yang dipilih sebelum ini bukan atas kebolehan dalam pengurusan perniagaan tetapi lebih kepada penyokong parti.

“Mereka yang dilantik sebelum ini tidak mempunyai kecekapan dan diberi digaji yang cukup tinggi, akhirnya kita dapati projek-projek di bawah pengurusan mereka ini gagal dan tiada keuntungan.

“Kita akan ambil yang profesional dan berkelayakan dan tiada kena mengena dengan parti pembangkang mahupun kerajaan, agar mereka boleh mentadbir semua peniagaan ini dengan pengurusan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Jakarta hari ini.

Dr Mahathir sebelum itu mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Jokowi di Istana Presiden di Bogor, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here