'Happy Birthday, sayang!'- Stacy buat kejutan hari jadi Akim

0
18
Advertisement

PENYANYI Stacy buat kejutan untuk sambutan hari jadi suaminya, Akim Ahmad semalam.

Sambutan hari jadi yang ke-27 Akim itu diadakan dengan sangat meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Stacy yang berkongsi beberapa foto sepanjang majlis tersebut di akaun Instagram (IG) peribadinya turut memberi sedikit ucapan khas buat suaminya.

“Happy birthday sayang! 

“Semoga sentiasa menjadi suami dan bapa yang terbaik untuk kami seperti selalu.

“Terima kasih sebab menjadi kawan baik I selama ini.

“Panjang lagi nak cakap, sambung nantilah,” tulisnya.

Akim sekeluarga memakai baju bertema denim dan jaket ketika sambutan hari jadinya.

Penyanyi itu turut dihujani dengan ucapan ulang tahun dari peminatnya di IG.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here