Harap F1 mampu mengubati duka Piala Dunia

0
390
Advertisement



HOCKENHEIM, Jerman: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel berharap kegagalan Jerman pada Piala Dunia boleh menghadirkan kejayaan pada perlumbaan Formula Satu di negara itu, hujung minggu ini.

Pendahulu kejuaraan itu, yang bersaing di laman sendiri buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, bagaimanapun berdepan masa depan tidak menentu.

Tahun ini adalah tahun terakhir kontrak dan perbincangan menemui jalan buntu dengan penganjur di litar Hockenheim tidak mahu meneruskan saingan di situ kerana yuran tinggi menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kewangan.

“Saya harap kerana kami gagal dalam bola sepak tahun ini, orang ramai menyimpan sedikit wang untuk barbeku dan lain-lain, mereka boleh datang ke sini dan berkhemah hujung minggu ini,” kata Vettel, yang membesar dekat Heppenheim.

Jerman, juara Piala Dunia 2014, gagal melepasi peringkat kumpulan pada pusingan akhir di Russia dalam kejutan terbesar.

Grand prix negara itu dulunya pernah menghimpunkan jumlah penonton yang ramai, sebahagian besar daripada mereka menyokong juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher bersama khemah yang banyak dan minuman serta sosej.

Bagaimanapun penyokong semakin berkurangan sejak era Schumacher berakhir walaupun Vettel menang empat gelaran antara 2010-13 dan dominasi Mercedes bersama Nico Rosberg yang merampas gelaran itu pada 2016.

“Mungkin negara ini agak letih dengan perlumbaan, saya tidak tahu,” kata pemandu Renault, Nico Hulkenberg yang kini menjadi seorang daripada dua pemandu Jerman masih bersaing tetapi masih tidak menaiki podium dalam 145 permulaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here