Hareide enggan bergantung pada Eriksen

0
16
Advertisement



PEMAIN tengah Tottenham, Christian Eriksen adalah permata untuk Denmark namun jurulatih Aege Hareide menolak andaian terlalu bergantung kepada pemain itu.

Eriksen yang digelar “King Christian” adalah antara pemain yang menyerlah dalam Liga Perdana Inggeris dan diundi pemain terbaik Denmark sebanyak empat kali.

Pemain Denmark itu tampil pada Piala Dunia kali ini dengan persembahan hebat di pentas antarabangsa, meledak 12 gol dalam 13 perlawanan, terbaru menjaringkan gol ketika menentang Mexico dalam aksi pemanas badan terakhir di laman sendiri.

Jaringan hatriknya ketika menentang Ireland, November lalu memastikan tiket Denmark ke Russia.

“Adalah tidak benar Denmark terlalu bergantung kepada Eriksen,” jelas jurulatih dari Norway itu.

“Kami mempunyai pemain yang bekerja bersamanya namun begitu juga sebaliknya. Ia bukan aksinya seorang diri.

“Ia adalah kombinasi terbaik. Christian sebahagian daripada pasukan namun dia adalah bintang, pemain bola sepak yang hebat,” jelas Hareide sebelum sesi latihan di Anapa berhampiran Laut Hitam.

“Dia mampu mengintai ruang kosong lebih cepat berbanding pemain lain, itu adalah nilai penting buat pasukan.”

Menurut Hareide, bukan saja Denmark yang mempunyai pemain bintang tunggal.

“Lihat Portugal mempunyai (Cristiano) Ronaldo atau Argentina dengan (Lionel) Messi,” katanya.

“Banyak pasukan yang mempunyai seorang pemain luar biasa dan pemain itu penting bagi mereka. Dia mampu mengubah permainan untuk semua.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here