Harga petrol turun 2 sen, diesel turun 1 sen

0
59



KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun dua sen, masing-masing kepada RM2.10 seliter dan RM2.38 seliter berkuat kuasa Khamis ini.

Harga diesel pula turun satu sen kepada RM2.02 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga baharu itu menerusi infografik di laman Twitternya hari ini.

Ia turut menyatakan harga baharu tersebut akan berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam Khamis hingga 7 Jun minggu depan.

Sebelum ini, harga runcit mingguan  bagi tempoh 25 Mei hingga 31 Mei bagi RON95 ialah RM2.12 seliter, RON97 (RM2.40) dan diesel (RM2.03) seliter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here