Harga rumah terlalu mahal: Mampukah anda jadi pemilik?

0
92
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ramai dalam kalangan kita dibesarkan di rumah teres, memandangkan ia dianggap sebagai ‘rumah mampu milik’ beberapa dekad dahulu.

Bagaimanapun, tanggapan itu tidak boleh lagi diguna pakai memandangkan harga rumah teres pada masa kini cukup mahal dan melambung tinggi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan iProperty tahun lalu mendedahkan lebih ramai rakyat Malaysia menginginkan rumah yang lebih luas dengan lebih tiga bilik tidur.

Namun, tahukah anda jumlah kos yang harus anda bayar untuk memperoleh rumah yang luas?

Astro AWANI membuat perbandingan harga rumah teres melalui portal iProperty dan Mudah bagi menggambarkan jumlah amaun yang harus dibayar untuk memiliki sebuah rumah teres.

PULAU PINANG

Georgetown, Bayan Lepas dan Sungai Ara
RM1.3 juta – RM1.9 juta

Butterworth
RM650k

Balik Pulau
RM620k

KUALA LUMPUR

Bangsar ,TTDI
RM1.350 juta – RM1.8 juta

Kepong, Cheras – RM500k – RM800k

SELANGOR

Shah Alam , Sungai Buloh, Rawang
RM680k – RM800k

JOHOR

Johor Bahru
RM600k – RM700k

NEGERI SEMBILAN

Seremban
RM450k – RM480k

SARAWAK

Kuching
RM400k – RM500k

PERAK

Ipoh
RM400k – RM450k

KEDAH

Alor Setar
RM380k – RM450k

SABAH

Kota Kinabalu
RM370k – RM650k

MELAKA

Ayer Keroh
RM350k – RM400k

PAHANG

Kuantan
RM350k – RM380k

TERENGGANU

Kuala Terengganu
RM330k

KELANTAN

Kota Bharu
RM260k – RM370k

Semalam, Astro AWANI melaporkan majoriti rakyat Malaysia sukar membeli kebanyakan rumah yang dijual di negara ini berdasarkan median pendapatan isi rumah Malaysia 2016.

Malah harga rumah di Malaysia kini disifatkan sebagai ‘amat tidak mampu milik’ (severely unaffordable) berbanding pendapatan isi rumah.

Bagaimanapun pakar ekonomi menyatakan tidak salah untuk anak muda menyewa terlebih dahulu sehingga mereka benar-benar bersedia untuk membeli rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here