Harimau Muda terus mengaum di Singapura

Harimau Muda Liga S

Harimau Muda memperoleh kemenangan kedua mereka dalam perlawanan di Liga Singapura selepas selesa menewaskan Tanjong Pagar United 3-0 di Stadium Yishun di Singapura semalam.

Jaringan awal dilakukan oleh Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke 15 sebelum Gary Steven Robbat menggandakan kelebihan dalam masa kecederaan separuh masa pertama. Hafiz Osman dari Tanjong Pagar mendapat kad merah pada penghujung separuh masa kedua sebelum Harimau menambah gol ketiga menerusi penalti oleh A. ThamilArasu

Kemenangan ini menjadikan Harimau Muda di tempat kedua dengan enam mata, tiga mata di belakang Albirex Niigata yang telah bermain lebih satu perlawanan. Jurulatih Ong Kim Swee meletakkan pemain baru, Azizan Nordin di bahagian tengah bersama-sama Gary sebelum Nazmi Faiz Mansor dibawa masuk pada minit ke-53 menggantikan Gary.

Thamil juga terpaksa akur apabila dimasukkan dua minit kemudian, menggantikan Wan Zack Haikal Wan Nor. Kapten Mahali Jasuli terpaksa melupakan seketika perlawanan ini akibat kecederaan semasa kelayakan Olimpik menentang Jepun minggu lepas dan beliau telah digantikan oleh Affize Faisal Mamat.

Leave a Comment