Harimau Selatan baham Bujang Senang

0
34



PASUKAN Johor Darul Ta’zim (Johor DT) memulakan saingan Piala Malaysia dengan aksi cemerlang apabila menewaskan Sarawak 4-0 dalam saingan Kumpulan D di Stadium Larkin, Johor, malam ini.

Gol sulung pasukan Harimau Selatan dijaringkan menerusi tandukan Marcos Antonio ke gawang lawan m-11.

Pemain import Johor DT, Gabriel Miguel Guerra menjaringkan gol kedua hasil sepakan penalti diperoleh m-25.

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah menambah gol ketiga hasil jaringan Gabriel Miguel Guerra m-72.

Ignacio Insa Bohigues menambah gol keempat buat JDT hasil sepakan pada m-83.

Meskipun melakukan beberapa pertukaran pemain skuad Bujang Senang terpaksa pulang hampa tewas empat gol kepada Harimau Selatan sehingga babak kedua perlawanan berakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 11:19 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here