Harimau teruskan hidup dengan barah walau tumor 2kg berjaya dibuang

0
24
Advertisement

SONGKHLA: Seekor harimau betina kini meneruskan hidup dengan penyakit barah meskipun sudah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 2 kilogram dari badannya.

Portal Bangkok Post melaporkan, sekumpulan doktor haiwan dari Jabatan Pemuliharaan Taman Negara dan Hidupan Liar Thailand dan Universiti Prince of Songkla pada Rabu bertungkus-lumus menyelamatkan harimau bernama Or Noi 5 berusia 20 tahun tersebut.

Meskipun pembedahan berjaya, ketumbuhan itu didapati sudahpun menjejaskan organ dalamannya.

Pembedahan ke atas harimau itu dijalankan di Santuari Hidupan Liar Tong Nga Chang di Hatyai.

Pengarah Pemuliharaan, Thanit Nooyim, pada Ahad berkata jabatan itu telah memindahkan harimau berkenaan dari pusat jagaannya di Kuil Or Noi di Nakhon Pathom pada 2015 ke Pusat Hidupan Liar Songkhla dua tahun lalu.

Ketumbuhan di bahagian dada harimau itu bagaimanapun dikenal pasti pada dua bulan lalu. Selepas menjalani pemeriksaan, pasukan doktor mengambil keputusan untuk membuat pembedahan segera.

Thanit berkata, ketumbuhan itu berjaya dikeluarkan dalam masa tiga jam namun kesan barah telah merebak ke seluruh organ dalaman termasuk paru-paru.

Harimau berkenaan kini dilihat semakin pulih selepas pembedahan, dan secara tidak langsung menjadi simbol perjuangan kanser – bagi haiwan.

Pihak pengurusan santuari hidupan liar dan pihak universiti tersebut kini merancang untuk menyatukan kakitangan dan peralatan demi memperbaiki usaha pemuliharaan hidupan liar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here