Hashtag #notmypresident di AS 'ditiru' netizen Singapura

0
42

KUALA LUMPUR: Hashtag #notmypresident di laman media sosial sebelum ini digunakan oleh rakyat Amerika Syarikat untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Presiden Donald Trump.

Kini hashtag yang sama digunakan oleh segelintir rakyat Singapura yang tidak bersetuju dengan keputusan calon layak bagi jawatan Presiden Singapura yang diumumkan Jabatan Pilihanraya Singapura (ELD) semalam.

Hanya beberapa minit setelah bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob disahkan sebagai satu-satunya calon yang menerima Sijil Kelayakan bagi Pilihanraya Presiden kali ini, penggunaan hashtag tersebut mula berleluasa di laman Twitter dan Facebook.

Netizen yang menggunakan hashtag tersebut rata-rata tidak berpuas hati kerana Halimah akan memenangi pilihanraya tersebut tanpa bertanding.

Walaupun ELD tidak mendedahkan nama calon yang layak, rakyat Singapura telah menjangkakan kemenangan Halimah setelah dua calon lain mengumumkan penolakan permohanan mereka untuk bertanding.

BACA: Halimah Yacob mula bertugas sebagai Presiden Singapura Khamis ini


BACA: Halimah Yacob buat persiapan tanding jawatan presiden

Mantan ahli parlimen bagi kawasan akar umbi Marsiling-Yew Tee itu akan diumumkan sebagai presiden secara rasmi pada Hari Penamaan Calon Rabu ini.

Beliau dijangka mengangkat sumpah pada Khamis dan akan berkhidmat sebagai Presiden selama enam tahun.

Halimah bakal menjadi presiden Melayu pertama Singapura sejak lebih 47 tahun.

Sebelum Halimah, Encik Yusof Ishak merupakan calon Melayu yang menyandang jawatan presiden di Singapura dan merupakan presiden pertama negara pulau tersebut setelah mencapai kemerdekaan.

BACA: Halimah Yacob sah bertanding pilihan raya Presiden Singapura


BACA: Wanita Melayu bakal Presiden Singapura?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here