Hati-hati berdepan Myanmar: Hodak

0
391
Advertisement



TUAH Stadium Gelora Delta Sidoarjo sekali lagi diharapkan skuad Bawah 19 tahun (B-19) apabila mereka membuat perhitungan terakhir bertemu Myanmar, malam esok.

Selepas menundukkan Myanmar 1-0 pada aksi peringkat kumpulan di venue sama dan sekali gus mengesahkan status selaku juara Kumpulan B, gelanggang itu turut menyaksikan anak buah Bojan Hodak mara ke final buat kali kedua berturut-turut selepas mengetepikan tuan rumah, Indonesia 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, pengendali skuad B-19, Bojan Hodak mengakui kemenangan di peringkat kumpulan ke atas skuad bimbingan Myo Hlaing Win itu tidak memberi kelebihan kepada anak buahnya kerana final adalah perlawanan yang berbeza.

“Saya jangka aksi bakal berlangsung sengit. Tidak mudah untuk menentang Myanmar kerana berdasarkan beberapa pertembungan sebelum ini, mereka memberikan cabaran yang sukar.

“Sasaran pada awalnya adalah mara ke separuh akhir tetapi kami kini sudah berada di final. Saya hanya mahukan pemain saya memberikan yang terbaik.

“Apapun, peluang tetap terbuka kepada kedua-dua pasukan di pentas akhir nanti. Saya lihat peluang kita adalah 50/50 untuk menjadi juara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut prestasi pemainnya, jurulatih kelahiran Croatia itu mengakui barisan pemainnya berjaya menyesuaikan diri meskipun mereka kehilangan beberapa pemain tonggak susulan kecederaan.

“Sesiapa sahaja yang berada dalam pasukan kebangsaan perlu memberikan yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, skuad B-19 berada pada landasan terbaik untuk memburu kejuaraan pertama Kejuaraan AFF apabila mara ke final selepas menyingkirkan pasukan tuan rumah Indonesia menerusi sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 pada aksi sebenar tadi.

Ini kali keenam skuad muda negara layak ke final, malam esok selepas hanya bergelar naib juara pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017.

Edisi 2017 di Myanmar menyaksikan mereka menewaskan tuan rumah 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti apabila terikat tanpa jaringan selepas tamat aksi sebenar namun tunduk 2-0 di tangan Thailand pada aksi final.

INFO

Barisan kemungkinan Malaysia

Penjaga gol: Muhammad Azri Ab Ghani

Pertahanan: Shivan Pillay Asokan, Muhammad Anwar Ibrahim, Nabil Hakim, Muhammad Syaiful Alias

Tengah: Nik Akif Syahiran Nik Mat, Mohd Nurfais Johari, Muhammad Nizarruddin Jazi, K Thivandaran, Muhammad Zahril Azri

Penyerang: Muhammad Hadi Fayyadh

 

 

Barisan kemungkinan Myanmar

Penjaga gol: Zin Nyi Nyi Aung

Pertahanan: Aung Wunna Soe, Nyein Chan Aung, Tay Zaw Lin, Soe Moe Kyaw

Tengah: Myat Kaung Khant, Pyae Sone Naing, Lwin Moe Aung, Ye Yint Aung, Nan Htike Zaw

Penyerang: Win Naing Tun

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here