Hati-hati! Pastikan ada SafeMate sebagai peranti perlindungan

0
340
Advertisement
JENAYAH dan musibah boleh berlaku di mana-mana sahaja!

Ia jelas terbukti berdasarkan statistik yang menunjukkan peningkatan setiap tahun hasil kajian Indeks Jenayah Malaysia.

Sebagai contoh 22,326 kes jenayah kekerasan dicatat pada tahun 2016 berbanding 21,810 kes yang dilaporkan pada 2015.

Dari angka itu, Selangor mencatat kes jenayah tertinggi iaitu 6,610 kes dan diikuti dengan Kuala Lumpur dengan 3,776 kes.

Kes jenayah kekerasan termasuk kes bunuh, rogol, samun berkumpulan bersenjata api, samun berkawan tanpa bersenjata api, samun bersenjata api, samun tanpa senjata api dan mencederakan.

Dengan kes yang kian meningkat, pastinya setiap individu seharusnya lebih berwaspada terutamanya golongan wanita, warga emas dan kanak-kanak.

Bagaimanakah individu boleh mendapatkan perlindungan dengan mudah dan pantas?

Jawapannya adalah peranti perlindungan peribadi iaitu SafeMate oleh Celcom.

Ia boleh membuat panggilan bantuan kecemasan pada bila-bila masa dan di mana jua tidak kira jika anda sedang berjalan seorang diri pada waktu malam atau berlakunya kemalangan di rumah.

Peranti ini mudah digunakan dengan hanya tekan sekali untuk menghantar panggilan kecemasan kepada operasi perkhidmatan 24 jam SafeMate.

Selain itu, ia boleh menghantar panggilan kecemasan kepada insan tersayang anda.

SafeMate turut dilengkapi dengan penjejak GPS waktu nyata, Bluetooth dan jaminan 12 bulan di mana peranti yang gagal berfungsi akan ditukar.

Pastinya ini merupakan peranti yang diperlukan demi keselamatan anda dan keluarga anda.

Dapatkan peranti SafeMate di Celcom Blue Cube berdekatan anda! Maklumat lanjut di https://goo.gl/JNVJN7

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here