Hattan, Nash bakal tunai haji tahun ini

0
145
Advertisement


DATUK Hattan (kiri) dan Datuk Nash. – Foto Aziah Azmee

PETALING JAYA: Dua penyanyi rock otai, Datuk Hattan dan Datuk Nash, berkongsi berita gembira apabila terpilih untuk menunaikan ibadat haji, musim ini.

Menurut Hattan, berikutan terlalu teruja dengan pemilihannya, beliau sanggup menolak tawaran menjayakan persembahan sempena penganjuran Sukan SEA Ke-29 (KL2017).

“Walaupun terpaksa menolak tawaran yang boleh dianggap besar itu, saya tidak kisah kerana ibadat haji lebih diutamakan.

“Memang sudah lama saya mengimpikan untuk menunaikan ibadat haji selepas dua kali mengerjakan umrah.

“Apabila dimaklumkan saya antara jemaah yang terpilih, bulu roma saya meremang kerana terlalu teruja,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert 1st World Sama Fest di sini.

Sementara itu, Nash yang juga bekas vokalis kumpulan Lefthanded berkata, tiada apa yang lebih menggembirakan selain berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu di Tanah Suci.

“Dalam kehinaan dan dosa yang banyak, Allah masih memberikan peluang untuk saya mengerjakan ibadat haji dan moga saya dapat melaksanakannya dengan sempurna,” kata Nash.

Jika segala-galanya berjalan lancar, kedua penyanyi terbabit akan bertolak ke Makkah pada 24 Ogos depan dan berada di Tanah Suci selama dua minggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here