Hazard, Courtois tunggu keputusan

0
196
Advertisement



MASA depan dua bintang Belgium, Eden Hazard dan Thibaut Courtois hanya akan diputuskan ahli lembaga pengarah Chelsea, menurut pengurus baru kelab itu, Maurizio Sarri.

Pengendali berusia 59 tahun dari Itali itu yang menggantikan Antonio Conte mengakui beliau tidak berminat dengan musim perpindahan pemain.

Hazard dan Courtois menyinar pada Piala Dunia apabila membantu Belgium menduduki tempat ketiga, namun kontrak mereka bersama kelab itu sudah berakhir dan dikaitkan berpindah ke Sepanyol.

Selepas Belgium menewaskan England 2-0 untuk penentuan tempat ketiga, Hazard mengakui sudah tiba masa buatnya mencuba sesuatu yang baru dengan Real Madrid sedia untuk mendapatkan pemain perancang itu.

Sarri pula berkata, adalah lebih baik untuk mengekalkan barisan pemain terbaik di kelab itu.

“Kami lebih gemar untuk mengekalkan semua pemain yang bagus.

“Inilah yang semua pengurus dan kelab mahukan. Saya rasa saya antara pengurus yang tidak begitu berminat dengan perpindahan pemain.

“Saya tidak begitu berminat untuk bercakap mengenainya,” katanya.

Sarri melabelkan Hazard sebagai seorang daripada tiga pemain terbaik Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here