Hazard 'padam nama' Messi, Ronaldo, Neymar

0
386
Advertisement



ST PETERSBURG, Russia: Ketika Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo terkeluar daripada saingan minggu lalu, tempat selaku bintang Piala Dunia 2018 tampak bakal diambil alih oleh pemain Brazil, Neymar.

Namun, penyerang dan tonggak utama Belgium, Eden Hazard dilihat mempunyai peluang cerah merampas gelaran berkenaan.

Dalam aksi di Kazan semalam, Neymar turut menyaksikan kempennya di Piala Dunia berakhir awal, selepas Brazil yang dibarisi pemain berbakat tetapi lebih mengharapkan kemahiran individu penyerangnya itu, tewas 2-1 kepada Belgium dikemudi Hazard.

Perlawanan separuh akhir menentang Perancis membuka peluang kepada bintang muda Perancis Kylian Mbappe untuk menjadi bintang utama di kejohanan ini, dan final pula bakal menyajikan pesaing lain, tetapi di peringkat ini Hazard adalah orangnya.

Ketika pertembungan satu lawan satu dengan Neymar, terdapat perbezaan ketara daripada segi sumbangan antara kedua-dua pemain.

Ramai menyalahkan pendekatan Brazil kerana terlalu mengharapkan Neymar untuk menggunakan kemahiran individunya apabila menerima hantaran, namun hakikatnya sumbangan pemain itu di Russia amat terhad.

Dengan segala bakat dimiliki dan bimbingan jurulatih Brazil, Adenor Leonardo Bacchi atau lebih dikenali sebagai Tite, Neymar menjadi penghalang titik lemah kepada usaha berpasukan Brazil, berbanding Hazard yang membawa hasil berbeza bersama Belgium.

Pemain sayap Chelsea berkenaan memperlihatkan kemahiran individu yang tinggi ketika aksi menentang Brazil, menggelecek beberapa pemain lawan untuk menguasai permainan.

Hazard juga dilihat berjaya menetapkan rentak permainan, sering mencetus serangan balas pantas untuk menembusi barisan pertahanan Brazil terutama di separuh masa kedua dan mengekalkan penguasaan bola di pihak Belgium.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here