Haziq rai 1 Syawal di studio NLKO

0
73


PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq Hussni. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni, 27, sanggup membawa isteri dan anaknya ke tempat kerja untuk meraikan 1 Syawal bersama-sama selepas perlu memenuhi tuntutan tugasan bersiaran langsung pada hari itu.

Kata Haziq yang turut mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O pada hari raya pertama, beliau tak mahu melepaskan peluang merasai nikmat pagi Syawal dengan keluarga kecilnya disebabkan jadual kerja yang padat

raya pertama hingga ketiga.

“Raya tahun ini memberi seribu makna buat diri saya kerana menyambutnya sebagai sebagai suami dan bapa. Oleh itu, saya membuat keputusan membawa mereka ke tempat kerja ketika mengacara secara langsung pada pagi raya.

“Biarpun remeh kerana perlu membuat persiapan Heidy yang masih kecil, saya tidak mahu berjauhan dengan mereka. Selepas tamat bekerja pada Syawal ke tiga baharu kami pulang ke Pulau Pinang.

“Tahun ini isteri tidak pulang beraya di Indonesia, namun keluarganya datang ke sini dan turut menyertai percutian pendek kami di Pulau Pinang. Dalam pada itu, saya turut menyambut ulang tahun ke-28 ibu bapa saya di sana,” kata Haziq.

Haziq mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Ayunda Putri Mekarsari yang juga wanita kelahiran Medan, Indonesia, pada 15 Julai 2016.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Heidy Nufael yang kini berusia dua bulan.

“Tema raya pada tahun ini mengikut warna baju Heidy kerana bukan mudah untuk mencari baju raya untuk bayi. Kekangan masa juga antara faktor yang membataskan kami untuk memilih tema busana untuk digayakan sedondon,” kata Haziq.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here