Helah 'Dr Ganja' guna ekstrak ganja dalam biskut dan kek raya terbongkar

0
77


KUALA LUMPUR: Tindakan pantas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pasukan Taktikal Khas Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman berjaya menumpaskan sebuah sindiket yang menggunakan ekstrak ganja di dalam pelbagai jenis makanan yang dijualnya.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang, sindiket itu bukan sahaja menjual ganja mentah malah turut mempelbagaikan produk yang mengandungi ekstrak ganja bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa sebelum dipasarkan kepada pelanggan terpilih menerusi laman media sosial.

Taktik terbaharu sindiket terbabit termasuklah mengambil kesempatan jualan biskut dan kek raya di laman sosial untuk mengaut keuntungan berganda.

Ia dipercayai dijual antara RM60 hingga RM100 dan akan memberikan kesan khayal selepas dimakan.

Polis menahan seorang lelaki bergelar 'Dr Ganja' dan dua pembantunya serta merampas pelbagai produk disyaki mengandungi ganj
Susulan itu, tiga individu termasuk seorang wanita warga Indonesia ditangkap bersama pelbagai dadah terbabit di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam, Klang pada Jumaat lepas.


“Dia sengaja jual kek, produk-produk yang ada seperti mana yang saya bagi tahu, susu, madu yang dicampur dengan ganja dan dia pun telah digelar sebagai ‘doktor ganja’ dalam laman web.

“Sebagai ‘doktor ganja’ dia mengubat mereka yang tidak boleh berubat di hospital, maka mereka datanglah ke sini. Kek itu adalah salah satu barangan yang dia nak jual untuk orang yang datang,” kata Kang.

Dalam serbuan itu polis turut merampas 18 batang pokok ganja, empat kilogram tumbuhan dan serbuk ganja, 72 kilogram benih ganja, empat liter minyak ganja, 70 keping coklat ganja, 66 botol madu ganja, 21 botol majerin ganja, sembilan botol susu ganja, dua biji kek ganja serta pelbagai peralatan menghisap ganja.

Keseluruhan rampasan dan sitaan harta dianggarkan bernilai RM21 ribu.

Kesemua mereka yang ditahan yang berusia 35 hingga 58 tahun itu kini direman sehingga 2 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1957.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here