Helikopter tentera Turki ditembak jatuh, Erdogan berang

0
78
Advertisement

ROJU: Sebuah helikopter tentera Turki ditembak jatuh oleh puak pemberontak di Utara Syria pada Sabtu.

Kejadian itu berlaku ketika pasukan tentera Turki mengadakan operasi pembersihan puak pemberontak Kurdis Syria di kawasan itu sekitar kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan .

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang turut menyatakan bahawa dua tentera Turki turut terbunuh dalam insiden tersebut.

Erdogan memberi amaran bahawa pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut akan membayar harga pengorbanan tentera mereka yang terkorban .

Sementara itu Jurucakap Pasukan Demokrasi Syria (SDF) Mustafa Bali mengakui bahawa pejuang mereka bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Turki melancarkan serangan ketenteraan di kawasan itu pada 20 Januari untuk mengusir YPG dari Afrin.

Turki menganggap kumpulan itu sebagai lanjutan pemberontakan di dalam sempadannya sendiri.

Dua puluh satu tentera Turki telah maut sepanjang operasi terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here