'Hembuskan aku ke syurga dengan doamu jika namaku gugur dahulu' – Bob Lokman

0
570
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bekas pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman berkongsi keadaan tahap kesihatannya yang semakin menurun sejak kebelakangan ini menerusi akaun Facebooknya, semalam.

Bob atau Mohd Hakim Lokman, 54 tahun, berkata dia menyedari bahawa kegembiraan yang dilaluinya sebelum ini telah berubah dan tidak sama seperti dahulu.

“Assalamualaikum Sahabat. Aku jumpa doktor lagi hari ini, rutin seorang tua. Selepas segala kegembiraan dan kesedapan aku lalui, ‘standard’ sudah berubah.

“Selera makanan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu…. Kau fahamlah. Cuma masih ada rasa untuk mencari peluang terbaik seterusnya.

“Sahabat, hari ini kau semua datang kembali dalam realiti dan kenangan, dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai di sini, cuma mungkin aku yang akan mendahului dengan faktor yang aku miliki,” tambahnya

BACA: Bob Lokman dikejarkan ke hospital akibat masalah jantung, paru-paru

Dalam pada itu, Bob turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakannya.

“Sahabat, terima kasih atas segala bantuan dan aku membalas dengan mohon hembuskan aku ke syurga dengan doamu jika nama ku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz,” katanya.

Selain itu, penulis lirik lagu Isabella yang dipopularkan oleh kumpulan Search itu juga turut berpesan kepada pengikutnya di laman sosial untuk mempertahankan agama Islam.

“Dan aku berpesan dalam kelemahan… pertahankanlah Islam… kerana itulah benteng terakhir yang aku perjuangkan,” katanya lagi.

Bob sebelum ini pernah dmasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat mengalami masalah jantung dan paru-paru pada awal Januari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here