Henry diburu Villa

0
214
Advertisement



THIERRY Henry akan menjadi calon senarai pendek menggantikan Steve Bruce selaku pengurus Aston Villa sekiranya pemilik baru kelab itu mahu melakukan perubahan.

Villa mengumumkan awal pagi tadi bahawa jutawan Mesir, Nassef Sawiris, dengan kekayaan dilaporkan bernilai hampir £5 bilion (RM26.7 bilion) dan rakan perniagaannya, Wes Edens, pemilik bersama Milwaukee Bucks, akan menyuntik ‘pelaburan nyata’ kepada kelab Liga Kejuaraan Inggeris itu.

Pasangan itu dilaporkan membeli 55 peratus saham kelab itu daripada bekas pemiliknya, Tony Xia dan kini memiliki kuasa seterusnya menyukarkan posisi Bruce.

Sportsmail difahamkan Sawiris dan Edens sedang memikirkan untuk mengambil ‘orang mereka’ dan mengenal pasti legenda Arsenal, Henry sebagai calon berpotensi menggantikan Bruce.

Sumber mendedahkan, Bruce mungkin akan terus mengetuai kempen musim baru ini selepas hampir membawa kelab itu ke Liga Perdana dengan perbelanjaan terhad.

Tarikan terhadap bekas pemain Perancis itu memang jelas apabila beliau memainkan peranan penting bersama staf kejurulatihan Roberto Martinez ketika Belgium meraih kedudukan ketiga Piala Dunia dan berminat untuk mendapatkan tugas utama pada langkah pertama bidang pengurusan.

Henry minggu ini mendedahkan menerusi Twitter beliau mahu meletak jawatan selaku pengulas di Sky Sports untuk memberi fokus kepada usahanya menjadi bos kelab.

Sama ada tugas di Villa akan menjadi sesuatu yang menarik buat bekas pemain berusia 40 tahun itu hanya akan dapat ditentukan bergantung kepada tahap pelaburan boleh diberikan Edens dan Sawiris.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here