Henry Golding jadi tetamu The Ellen DeGeneres Show

0
95
Advertisement

AKTOR berdarah Iban, Henry Golding, mencipta sejarah peribadi apabila muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara popular di Amerika Syarikat (AS), The Ellen DeGeneres Show. 

Menerusi akaun Instagram, Golding berkongsi keterujaannya bertemu personaliti televisyen, Ellen DeGeneres, yang menemubualnya dalam rancangan berkenaan sebagai sebahagian daripada promosi filem lakonannya, Crazy Rich Asians.

“Satu pengalaman yang sukar dipercayai, saya rasa macam bermimpi.

“Trailer Crazy Rich Asians akan dilancarkan esok (hari ini), jangan lupa kongsikannya,” tulis Golding.

Golding, teraju utama filem tersebut, muncul bersama seorang lagi pelakon utamanya, Constance Wu.

Crazy Rich Asians yang diedarkan oleh Warner Bros, akan ditayangkan 17 Ogos ini.

Golding semakin melebarkan sayap di Hollywood, dengan sebuah lagi filem menggandingkannya dengan aktres Blake Lively dan Anna Kendrick , berjudul A Simple Favor akan ditayangkan September depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here