Heung-min kekal hingga 2023

0
298
Advertisement



LONDON: Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min menandatangani kontrak jangka panjang baharu yang mengekalkannya di Tottenham Hotspur sehingga 2023, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu sudah menjaringkan 47 gol dalam 140 penampilan bersama skuad kendalian Mauricio Pochettino sejak perpindahannya dari Bayer Leverkusen pada 2015.

Dia menjadi penjaring terbanyak Asia dalam sejarah EPL, mengatasi rekod bekas pemain tengah Manchester United, Park Ji-sung menerusi gol ketika menentang Crystal Palace pada November tahun lalu.

Ketajaman Son di depan gawang diteruskan pada kempen Piala Dunia di Russia apabila menjaringkan dua gol untuk skuad kebangsaannya, termasuk gol kedua ketika Korea Selatan menewaskan juara 2014, Jerman.

Menjelang kempen 2018-19 bersama Spurs, Son akan menyertai rakan sepasukannya bagi jelajah pra musim di Amerika Syarikat untuk beraksi dalam kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang AS Roma, Barcelona dan AC Milan.

Spurs mengesahkan Son akan diturunkan bagi aksi pembukaan liga menentang Newcastle United di gelanggang lawan pada 11 Ogos depan sebelum mewakili negaranya bagi Sukan Asia di Indonesia.

– Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here