Heung-min tak kisah gaya rambut di Russia

0
15
Advertisement



SON Heung-min mencuri perhatian penyokong dengan gaya rambut berwarna kuning pada Piala Dunia Brazil empat tahun lalu, namun di Russia kali ini, dia mahu prestasinya lebih menyerlah berbanding gaya rambut bagi menggalas harapan tinggi yang disandarkan kepadanya. Heung-min antara beberapa pemain yang meninggalkan kejohanan di Brazil tanpa pujian selepas kempen mengecewakan Korea berakhir di peringkat kumpulan.

Perpindahan ke kelab Inggeris Tottenham Hotspur pada 2015 menyediakan landasan terbaik buat Heung-min mempamerkan peningkatan dan menjadi tonggak serangan Spurs serta ketika bersama skuad kebangsaan.

Tidak keterlaluan menyatakan peluang Korea Selatan untuk melepasi peringkat kumpulan yang turut membabitkan Sweden, Mexico dan juara dunia Jerman terletak di bahu Heung-min.

“Saya gembira apabila ramai orang memberi kepercayaan kepada saya,” kata Heung-min kepada Yonhap News selepas sesi latihan semalam.

“Tapi apa yang penting saya perlu membuktikannya di atas padang. Saya tahu ramai pihak meletakkan harapan kepada saya, jadi saya tahu mengenai tanggungjawab itu.”

Pemain berusia 25 tahun itu mahu bersikap realistik mengenai cabaran yang dihadapi Korea Selatan yang bergelut untuk memberikan aksi terbaik dalam perlawanan sebelum ini apabila tewas kepada Bosnia dan Senegal meskipun menang ke atas Honduras pada perlawanan pemanas badan.

“Saya fikir kami pasukan paling lemah dalam kumpulan,” kata Heung-min yang berharap orang ramai akan mengingati namanya atas sebab prestasinya dan bukan gaya rambut di Russia.

“Empat tahun lalu, saya fikir mahu melakukan sesuatu dengan lebih bergaya, jadi saya mewarnakan rambut saya. Tapi sekarang sebagai pemain bola sepak, saya fikir saya perlu lebih mengutamakan persembahan di atas padang.”

Korea Selatan akan membuka tirai saingan menentang Sweden di Nizhny Novgorod, Isnin ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here