Higuain pindah Milan, Bonucci balik Juve

0
13
Advertisement



MILAN: Impian Gonzalo Higuain untuk menyertai AC Milan akhirnya tercapai apabila penyerang kelahiran Argentina itu sah berpindah dari Juventus secara pinjaman dengan harga 18 juta euro (RM85 juta) untuk semusim.

Selain Higuain, kelab yang berpengkalan di Milan itu turut memperkuatkan barisan pertahanannya apabila mengikat Mattia Caldara dan melepaskan Leonardo Bonucci kepada Juventus.

Kedua-dua tonggak pertahanan kental itu dibeli dan dijual pada harga 35 juta euro (RM165 juta) dengan mereka mengikat kontrak selama lima musim.

Kehadiran peledak berbisa itu (Higuain) sememangnya dinantikan seluruh penyokong Milan bagi membantu jentera serangan pasukan itu yang agak longlai pada musim lalu.

Higuain, 30, menjadi buruan Milan selepas kejayaannya membantu Juve memenangi gelaran Serie A dan Piala Itali selama dua musim berturut-turut dan berjaya merekodkan sejumlah 55 gol dalam 105 penampilan bersama kelab lamanya itu.

Sementara itu, kepulangan semula Bonucci ke Juventus disambut baik bekas rakan sepasukannya sebelum ini, Andrea Barzagli dan Giorgio Chiellini yang pernah bergandingan bersama pada 2010-2017.

Bonucci yang menyertai Milan pada musim lalu dilihat gagal menyerlah dan perpindahannya ke Turin mampu menaikan semula keyakinan pemain pertahanan Itali itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here