Hijabsta Ballet terima maklum balas positif

0
54


DATUK Amar Singh Ishar Singh berucap pada majlis Pelancaran e-Reporting dan Sistem Semakan Online Kuala Lumpur di Lapang Sasar Briged Tengah. – Foto Hafiz Sohaimi

KUALA LUMPUR: Pengarah filem yang mengupas isu wanita Muslimah, Hijabsta Ballet, Syed Zulkifli Syed Masir, lega apabila naskhah pertama arahannya itu mendapat maklum balas positif, termasuk daripada khalayak bukan beragama Islam.

Katanya, walaupun cereka pertama terbitan Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM) dan Explosive Magic Sdn Bhd (EMAGIC) itu hanya akan menemui penonton di pawagam mulai 3 Ogos depan, ia sudah beberapa kali ditayangkan kepada umum menerusi acara khas.

Sehingga kini, kata beliau, Hijabsta Ballet dipertontonkan lebih 20 kali kepada umum, khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT). Bagaimanapun hanya 60 minit pertama daripada naskhah terbabit yang ditayangkan kepada mereka.

Menurutnya, filem mengangkat tema keagamaan dengan memperkatakan mengenai aurat golongan Hawa, yang digabungkan dengan tarian balet itu dipertontonkan kepada umum sebagai sebahagian daripada kajian khalayak dilakukan mereka.

“Sebelum menantikan putarannya di pawagam pada Ogos depan, sudah lebih 20 kali kami menayangkan filem ini kepada umum, terutama di IPT.

“Ia adalah antara langkah awal untuk mempromosikan filem yang turut menyentuh isu diskriminasi soal kerjaya, hobi dan minat wanita Islam ini.

“Kami turut menerima maklum balas daripada kalangan penonton bukan Islam yang berasakan naskhah ini wajar ditonton oleh semua orang kerana ia memperkatakan mengenai perkara berkaitan hijab dan kebebasan untuk melakukan aktiviti luar,” katanya kepada BH Online.

Sebelum dihasilkan, skrip filem yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Perak dan Perth, Australia, itu terlebih dulu dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, serta beberapa sekolah balet di negara ini.

Menjalani penggambaran pada Julai hingga Ogos 2016, filem ini ditunjangi penari profesional, Puteh Maimun Zahra, selain bakat baharu dunia lakonan seperti Danny Syazlee dan Afeera Rahman.

Turut ditampilkan adalah beberapa pelakon berpengalaman seperti Betty Benafe, Aida Khalida, Aman Graseka, Keena dan ramai lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here