'Hilang arah' hingga bunuh diri akibat hilang tiket loteri bernilai RM5.2 juta

0
61
Advertisement

AKIBAT ketagih berjudi, seorang lelaki Thailand bagai ‘hilang arah’ apabila tiket loteri yang dibelinya hilang sekelip mata.

Jirawut Pongphan, 42 tahun, membeli tujuh tiket loteri dengan kesemua nombor yang sama dan berjaya memenangi 42,000,000 bhat (RM 5.2 juta) sebagai hadiah utama November lepas.

Sejurus selepas kemenangannya, dia menjemput ahli keluarga dan sahabat handai untuk menyambut kemenangannya itu.

Lain pula cerita pada keesokan hari selepas Jirawut bangun dari tidur dan mendapati tiket loteri yang dimenanginya hilang.

Jirawut dikatakan bagai ‘hilang arah’ dan berdepan dengan kemurungan sehingga menyebabkan dia enggan meneruskan pekerjaannya selepas kehilangan tiket ‘bertuah’ itu.

Keadaan bertambah hiba apabila Jirawut ditemui mati akibat bunuh diri 31 Januari lepas.

Dia ditemui mati bersama sepucuk pistol dan satu nota di dalam bilik tidurnya yang jelas menunjukkan dia meragut nyawa sendiri dengan tembakan yang dilepaskan pada dahi kirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here