Hilang kerana siasat kilang buat kasut Ivanka

0
27


HUA Haifeng. – Foto AP

SHANGHAI: Seorang lelaki yang dikatakan membuat siasatan mengenai keadaan di syarikat yang mengeluarkan kasut jenama Ivanka Trump, ditahan, kata isterinya.

Deng Guilian berkata, polis memberitahu, suaminya, Hua Haifeng kerana menjalankan pemantaua secara haram.

Deng berkata, pemanggil itu memberitahu yang dia tidak perlu tahu butiran lanjut, cuma tidak boleh berjumpa, bercakap atau menerima wang daripada suaminya.

Pengarah Eksekutif China Labor Watch, Li Qiang, berkata beliau hilang hubungan dengan Hua Haifeng dan dua lagi lelaki, Li Zhao dan Su Heng, hujung minggu lalu.

Selepas puluhan panggilan tidak dijawab, Li merumuskan: “Mereka ditahan sama ada di kilang itu atau oleh polis sehingga tidak boleh dihubungi.”

China Labor Watch, sebuah badan tidak berasaskan keuntungan yang beribu pejabat di New York, bercadang menyiarkan laporan mengenai bayaran gaji rendah, gaji rendah, kerja lebih masa keterlaluan dan salah guna tenaga pelajar pelatih, bulan depan.

Pergerakan itu telah menjalankan siasatan mengenai keadaan tempat kerja sebahagian syarikat ternama dunia, di negara itu sejak 17 tahun lalu. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here