Hilang kerja, ditinggal isteri selepas nodai mayat peserta program realiti

0
71
Advertisement

KERANA gagal mengawal nafsu, seorang petugas rumah mayat melakukan perbuatan tidak terduga. Dia melakukan seks dengan mayat.

Akibat perbuatannya itu dia dipecat, gagal dapat kerja lain malah ditinggalkan isteri.

Oksana Aplekaeva peserta program realiti Dom-2 atau Big brother versi Rusia mati dibunuh pada 2008.
Mayatnya ditemui seorang pemandu lori di tepi jalan. Namun sehingga kini siapa pembunuhnya masih jadi misteri.

Ketika polis masih buntu, pasukan forensik meneruskan bedah siasat terhadap mayat Aplekaeva. Apa yang ditemui amat mengejutkan. Ada kesan rogol dan ia masih baharu.

Ujian DNA mendapati ia sepadan dengan Alexander, 37, juruteknik di rumah mayat tempat jasad Aplekaeva disimpan.

Alexander mengaku salah dan dipecat serta merta. Episod malang tidak berakhir di situ. Selama tiga bulan dia mencari pekerjaan namun gagal. Isterinya pula menukar nombor telefon bimbit selepas meninggalkannya.

Pasukan penyiasat menyiasat lebih lanjut namun tidak menemui bukti ada kes lain seumpamanya dilakukan Alexander selama 12 tahun dia berkhidmat di rumah mayat itu.

Alexander bagaimanapun bernasib baik kerana perbuatannya itu tidak termaktub dalam undang-undang yang boleh mengheretnya ke muka pengadilan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here