Hilang selepas keluar bekerja

0
51



Johor Bahru: Seorang ibu merayu anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak lima hari lalu supaya pulang ke pangkuan keluarga kerana terlalu merinduinya.

Latifah Abd Rahman, 53, berkata anak keenam daripada lapan beradik, Nor Natasha Kamisan, 17, tidak pulang ke rumah sejak Selasa lalu ketika keluar bekerja di sebuah kedai menjual cakera padat (CD) di Pekan Nanas, Pontian.

Menurutnya, sebelum itu dia bersama suami Kamisan Busu, 53, menghantar Nor Natasha ke tempat kerja kira-kira jam 9 pagi hari kejadian dan mereka kemudian dimaklumkan oleh majikan bahawa anaknya sudah pulang sejak jam 10 pagi apabila datang untuk melihatnya pada jam 6 petang.

“Majikannya memberitahu Nor (Natasha) meminta pulang awal kerana demam sedangkan kebiasaannya dia akan menghubungi saya jika demam atau sakit sebelum pulang ke rumah.

“Sehingga hari ini, anaknya masih belum pulang ke rumah dan usaha menjejakinya dijalankan termasuk menyebarkan maklumat kehilangan Nor di aplikasi WhatsApp, tetapi masih gagal mendapat maklumat lokasinya,” katanya di sini, semalam.

Berikutan itu, Latifah mengharapkan bantuan orang ramai untuk menghubunginya di talian 017-7678993.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here