Hisham Hamid gementar dan insomnia

0
58
Advertisement

PELAKON kacak Hisham Hamid mendedahkan dia berdepan insomnia ketika minggu pertama penggambaran rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F awal Februari lalu.

Kata Hisham, pertama kali menyandang peranan sebagai pengacara, dia gementar dan tertekan untuk memberikan kualiti kerja yang terbaik.

“Minggu pertama rakaman Gen F memang saya tertekan sampai tak boleh tidur malam. 

“Biasanya saya akan berjaya untuk menghafal skrip sampai waktu Subuh dan akan tidur kemudiannya, sampaikan isteri saya menegur sikap pelik saya yang terlebih cuak daripada kebiasaan.

“Namun, apabila memasuki minggu kedua, saya sudah semakin biasa beraksi spontan di hadapan kamera dan tidak hanya bergantung semata-mata dengan skrip,” katanya kepada Astro Gempak.

Pelakon mini siri Do[s]a itu akan muncul sebagai pengacara rancangan realiti Gen F yang akan mula bersiaran pada 11 Mac depan.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here