Honda Malaysia panggil balik 28,399 kereta tahun 2013

0
123
Advertisement

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia meneruskan langkah berjaga-jaganya dengan memanggil balik 28,399 model kenderaannya yang dikeluarkan pada 2013 bagi menggantikan inflator beg udara hadapan penumpang Takata dan memastikan keselamatan penumpang.

Model-model yang terlibat ialah Honda City (14,944 unit), Honda Jazz (6,874 unit), Honda Jazz Hybrid (6,211 unit) dan Honda Insight (370 unit).

Honda Malaysia berkata sehingga Mac tahun ini, syarikat itu telah menggantikan lebih daripada 435,000 unit, atau 77 peratus inflator beg udara bahagian hadapan dan bahagian pemandu Takata daripada kenderaan tahun 2013.

“Kami akan terus praoaktif memanggil balik kenderaan dan terus memberi peringatan dan memaklumkan kepada pelanggan akan kepentingan untuk menggantikan inflator beg udara kenderaan terbabit menerusi media sosial dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS),” kata syarikat itu.

Pengeluar kereta itu juga berkata ia akan memaklumkan semua pelanggan terbabit menerusi surat dan memasukkan butiran terperinci penggilan balik produk itu.

“Pelanggan yang menerima surat ini digalakkan untuk menghantar kenderaan mereka ke pengedar sah Honda terdekat atau Mobile Hubs secepat mungkin bagi mendapatkan pemeriksaan dan penggantian percuma. Model-model kereta sekarang tidak terbabit,” kata Honda Malaysia. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here