Hospital antara musnah dalam serangan tentera di Syria

0
76
Advertisement

MAARET AL-NUMAN : Tentera kerajaan Syria terus membedil kawasan yang dianggap menjadi kubu kuat puak pemberontak Maaret al-Numan, Idlib.

Terbaharu, sebuah hospital antara yang menjadi mangsa apabila sebahagian besar struktur bangunannya musnah akibat serangan udara tentera kerajaan tersebut.

Kempen serangan terhadap wilayah yang dikuasai oleh pemberontak itu ditingkatkan akhir-akhir ini selepas insiden sebuah pesawat pejuang Rusia SU-25 yang berjaya ditembak jatuh oleh pemberontak dan membunuh juruterbangnya.

Visual yang berjaya dirakamkan menunjukkan suasana kelam kabut di hospital berkenaan sejurus selepas serangan tersebut.

Sebahagian orang awam pula dilihat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan terbabit termasuk bayi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here