Hujan lebat 2 jam, 10,900 panggilan kecemasan

0
16

JEDDAH: HUJAN lebat selama dua jam yang melanda Jeddah pada Selasa nyata berbeza daripada apa yang diramal oleh pihak berkuasa Meteorologi Arab Saudi.

Rekod oleh pusat kaji cuaca di Universiti King Abdulaziz menunjukkan 56.9 milimeter hujan dicatatkan sepanjang dua jam tersebut, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding ramalan agensi kaji cuaca.

Banjir kilat melumpuhkan bandar kedua terbesar Arab Saudi, Jeddah sehingga memaksa banyak sekolah dan universiti ditutup dan hujan diramal berterusan pada Rabu.

Pihak berkuasa terpaksa bergelut dengan pelbagai kes kecemasan melibatkan litar pintas dan kecederaan akibat kejutan elektrik.

Menurut laporan Saudi Gazette, di Mekah sahaja menyaksikan lebih 11,000 panggilan diterima melalui talian kecemasan 911 oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here