Hujan lebat 2 jam di Jeddah, 10,900 panggilan kecemasan

0
17

JEDDAH: Hujan lebat selama dua jam yang melanda Jeddah pada Selasa nyata berbeza daripada apa yang diramal oleh pihak berkuasa Meteorologi Arab Saudi.

Rekod oleh pusat kaji cuaca di Universiti King Abdulaziz menunjukkan 56.9 milimeter hujan dicatatkan sepanjang dua jam tersebut, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding ramalan agensi kaji cuaca.

Banjir kilat melumpuhkan bandar kedua terbesar Arab Saudi, Jeddah, sehingga memaksa banyak sekolah dan universiti ditutup dan hujan diramal berterusan pada Rabu.

Pihak berkuasa terpaksa bergelut dengan pelbagai kes kecemasan melibatkan litar pintas dan kecederaan akibat kejutan elektrik.

Menurut laporan Saudi Gazette, di Mekah sahaja menyaksikan lebih 11,000 panggilan diterima melalui talian kecemasan 911 oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Pada November 2011, Jeddah dilanda banjir mengakibatkan seramai 123 orang terbunuh dan banyak rumah dan bangunan rosak teruk.

Dua tahun selepas itu, bencana sama mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 nyawa melayang.

Pada April, dan diikuti November tahun lepas, hujan lebat melanda Arab Saudi termasuk di ibu negara di kawasan padang pasir, Riyadh, mengakibatkan banjir dan ribut teruk.

Sekurang-kurangnya tujuh dilaporkan terkorban.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here