Hussin 'tak tahan' bersama KAFA

0
244
Advertisement



SETIAUSAHA Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Hussin Deraman mengumumkan peletakan jawatan atas alasan kekangan masa.

Pada masa sama, Sukan NSTP difahamkan Hussin meletak jawatan disebabkan tekanan sepanjang memikul tugas berat dalam persatuan ketika ini.

Hussin ketika dihubungi mengesahkan peletakan jawatannya dan mengakui tidak mampu untuk memegang jawatan itu selain mahu ia diisi oleh calon yang lebih layak.

“Tugas semakin berat dengan situasi sekarang dan saya rasa eloklah saya melepaskan jawatan ini untuk bagi peluang kepada orang lain.

“Saya menerima tawaran untuk memegang jawatan penuh sekretariat KAFA mulai tahun depan namun selepas saya fikir balik, saya terpaksa menolaknya kerana saya sayang untuk meninggalkan profesion saya sebagai guru.

“Jadi lebih baik saya beri ruang kepada orang lain yang boleh menggalas jawatan itu secara sepenuh masa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Episod peletakan jawatan dalam badan induk itu berlaku apabila dua bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim baru-baru ini kerana mendakwa suara mereka dalam pengurusan itu tidak didengari pemimpin tertinggi.

Mengulas lanjut, Hussin berkata, peletakan jawatannya itu tidak mempunyai kaitan dengan isu terbabit sebaliknya beliau mahu jawatan itu diisi oleh calon yang dapat memberi komitmen penuh bagi membantu pengurusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here