'I kenyit mata, senyum tanda setuju' – Lisa Surihani

0
54
Advertisement

PELAKON Lisa Surihani mengimbau kenangan dan perasaannya sewaktu pihak keluarga Yusry Abdul Halim datang menghantar tanda melamarnya pada 21 Disember 2011.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) peribadinya, Lisa Surihani memuat naik foto mereka berdua ketika majlis tersebut.

Lisa Surihani menceritakan bagaimana dia bersetuju untuk menerima lamaran tersebut.

“21 Disember 2017 – Hari Hantar Tanda.

“Ini ketika Yusry baru sahaja sampai selesai acara tersebut. Dia tunggu di luar masa pihak keluarganya melamar saya.

“Saya kenyit mata senyum tanda setuju.Perasaannya sangat gembira bila kami buat persiapan untuk majlis nikah dan resepsi yang berlangsung pada Februari 2012.

“Puas ada. Teruja pun ada. Keluarga dan kawan rapat semua ada bersama ketika itu. Banyak kenangan manis pada hari itu,” tulisnya.

Rata-rata peminat terhibur dengan cerita Lisa dan mendoakan agar hubungan mereka kekal bahagia selamanya.

Pasangan ini bernikah pada 23 Februari 2012.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here