Ibrahimovic ucap 'selamat tinggal' United

0
75



Manchester: Zlatan Ibrahimovic terpaksa menerima hakikat karier bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United sudah berakhir.

Dia kini meletak sasaran kembali beraksi dalam Liga Bolasepak Amerika Syarikat (MLS) dalam tempoh setahun dari sekarang.

Penyerang antarabangsa Sweden itu terlepas beraksi antara sembilan hingga 12 bulan selepas mengalami koyakan ligamen otot lutut yang serius.

Tempoh itu meletakkannya tiada lagi peluang untuk beraksi bersama kelab gergasi Old Trafford itu.

Superstar Sweden itu yang juga penjaring terbanyak United musim ini dengan 28 gol pada penampilan sulungnya dalam bolasepak Inggeris tetap bersemangat untuk beraksi semula.

Zlatan memberitahu dia mahu tampil semula di Amerika Syarikat andai dapat kembali mendapatkan kecergasannya semula.

Bekas penyerang Juventus, AC Milan dan Paris Saint-Germain itu memerlukan pembedahan di Amerika Syarikat untuk membetulkan semula lututnya yang berderai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2017 @ 12:26 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here