Ibu, anak ghaib

0
27



Sibu: Pasangan ibu dan anak dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumah di Jalan Salim, di sini, sehingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga sejak kelmarin.

Wanita itu Ling Sui Hung, 67, dan anak lelakinya, Kong Ing Lun, 34, keluar dari rumah jam 12.30 tengah hari namun gagal dikesan sehingga kini.

“Bagaimanapun, ibu dan anak itu biasanya pulang kerana hanya keluar ke kawasan berdekatan.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu Jaffry Asai berkata, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan selepas menerima panggilan daripada polis berhubung kejadian jam 2 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota APM Sibu dikerah ke lokasi dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan hutan berhampiran.

“Selain APM, anggota polis turut membantu operasi mencari di sekitar kawasan rumah mangsa namun belum ditemui.

“Polis turut guna bantuan anjing pengesan, tetapi tiada perkembangan positif setakat ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here