Ibu pejabat Korea Air diserbu

0
12


SEOUL: Polis menyerbu ibu pejabat Korea Air Lines Co Ltd hari ini sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan penyalahgunaan dana syarikat untuk membayar kerja pembinaan di rumah Pengerusinya, Cho Yang-ho.

Cho Yang-ho.

Firma itu disyaki menyembunyikan kos hiasan dalaman kediaman persendirian Yang-ho sebagai perbelanjaan berkaitan dengan pembinaan sebuah hotel baru antara Mei 2013 dan Ogos 2014.

Tiada suspek dinamakan setakat ini, kata seorang pegawai polis kepada Reuters.

Jurucakap Korea Air berkata, syarikat penerbangan itu bekerjasama dengan polis. Yang-ho tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut.

Anak perempuan Yang-ho, Heather, pernah mendapat perhatian antarabangsa pada 2014 ketika menjadi eksekutif syarikat penerbangan itu apabila memaksa seorang kru kabin keluar dari pesawat di New York kerana tidak puas hati dengan cara kacang macadamia dihidangkan.

Dia dipenjara hampir lima bulan di Korea kerana melanggar keselamatan pesawat.

Serbuan ke atas Korean Air Lines adalah yang pertama menyasarkan konglomerat kendalian keluarga, atau chaebol, sejak Presiden Moon Jae-in berkuasa pada Mei.

Jae-in terpilih selepas skandal rasuah yang membawa kepada penyingkiran pemimpin terdahulu, Park Geun-hye, dan penangkapan Ketua Kumpulan Samsung, Jay Y Lee. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here